Beginikah Caranya Untuk Hilangkan Jerawat?

 

Selama ini kita tahu ada banyak jenis jerawat tapi kita tahu tak macam mana jerawat ini boleh tumbuh? Ada yang tumbuh sebab peluh, ada juga yang tumbuh sebab ketidakseimbangan hormon dan ada juga yang boleh tumbuh disebabkan bakteria yang terkumpul di kulit muka dan ia datang pada peringkat yang berbeza.

Do’s!

  • Gunakanlah produk yang mempunyai bahan Salicylic Acid. Fungsinya adalah untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh bakteria atau kulat yang tersumbat di dalam liang pori kulit muka. Ia akan memecahkan substance yang melekatkan sel kulit muka kita dengan bakteria kotor dan membersihkan liang pori yang tersumbat.
  • Gunakan moisturizer muka yang bukan silicone. Bila kenaikan jerawat dah jadi kebiasaan, ini biasanya disebabkan oleh produksi sebum yang tidak boleh dikawal. Dengan menggunakan moisturizer setiap hari, kita dapat kurangkan sebum production. Apa itu sebum production? It is basically your hormones or to be more specific it is dihydrotestosterone (DHT) metabolite dalam badan kita yang di luar jangka kawalan kita.
  • Akhirnya: cara paling senang, paling murah dan yang paling sihat untuk jaga kulit anda dari hujung rambut ke hujung kaki adalah untuk sentiasa ingat untuk minum air. H20 itu penting, sis!

Dont’ s!

  • Tapak tangan kita memang diciptakan untuk melawan bakteria and sebab itulah kita takdapat jerawat diatas tangan, tapi lebih banyak dimuka! Kalau ada yang terfikir nak pegang-pegang or picit- picit jerawat baru, JANGAN!
  • Sama dengan rambut, kalau kita basuh rambut kita setiap hari, kita akan kehilangan natural oil yang sebenarnya membuat rambut kita lagi sehat. So, this goes exactly the same as for face skin. We are built to have a natural immune system that fights bad bacteria. So, kalau basuh muka 2 kali sehari ada lah lebih daripada mencukupi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *